BLOGGING PUN KENA BERGURU

Menulis jurnal maya ataupun ringkasnya blog,dengan tujuan yang pelbagai seperti menyuarakan pendapat, mengkritik, merakam catatan peribadi malah sebagai alat promosi perniagaan  sudah menjadi satu trend yang amat digemari pada masa kini.

Untuk memastikan blog menjadi alat penyampai yang berkesan dan boleh mempengaruhi pemikiran atau sebarang tindakan , maka menulis blog wajar ada panduan khusus.

Personally, ini pandangan peribadi saya & ia mungkin berbeza dengan orang lain. Pendapat yang bukan pakar ..hehe.

Menulis blog secara sembrono, ibarat berjalan di dalam gelap. Bayangkan diri berjalan di dalam gelap..teraba-raba pastinya. Pasti ada saat di mana langkah tersadung akan sesuatu, atau mungkin tersalah arah, terdedah dengan bahaya yang tak terjangka. Pendek kata perjalanan itu akan menjadi sekali ganda lebih rumit kerana tak adanya cahaya sebagai penyuluh jalan.

Begitu juga halnya apabila menulis @ membina blog. Semua proses dari mula  hingga akhir akan menempuh banyak kesukaran, menuntut lebih banyak masa, tenaga dan tumpuan yang akhirnya akan membuat kita ‘letih’. Silap haribulan , blogging terhenti sebelum pun sampai separuh jalan.

Itulah halnya yang berlaku pada saya dulu. Perjalanan membina sebuah blog mengambil masa yang cukup panjang, menjadi cukup sukar & meletihkan kerana ia adalah sesuatu yang lari jauh daripada bidang khusus saya. Sementelah saya pula tak punya sebarang pengetahuan atau kemahiran mengenainya.

Teknik terjah, try & error ni.. hehe 🙂 jadi teknik utama. Itu padahnya apabila blogging tanpa berguru. Hampir saja blog itu tinggal nama semata.

Namun, alhamdulillah, selepas setahun lebih ( malunyee…. ngeee) ia siap. Pun begitu,sehingga kini masih ada banyak kesilapan & kekurangannya. Buktinya boleh saje lihat di sini.

Apapun, pengendali blog masa kini beruntung. Kini terdapat banyak buku rujukan maya berkaitan blogging yang ditulis sepenuhnya dalam Bahasa Melayu. Jika anda adalah blogger yang baru berjinak-jinak dalam dunia blogging, bahan rujukan ini boleh anda dapatkan bila2 saje melalui link ini ye…

Strategi Bina Blog Berpengaruh

Pakej Bina Laman Web Perniagaan Lengkap

Seni SEO – Trafik Percuma Dari Google

Panduan cPanel Dan Web Hosting

 

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

2 comments

  1. saya juga belajar menerusi try and error dan pengalaman sendiri…

    pernah buat blog separuh jalan hanya untuk berhenti dan delete semua entry pernah diterbitkan (sebab terasa penulisan tu sangat bodoh) dan mula balik dari bawah… dan saya tak menyesal buat macam tu 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me