Bisnes Air

By | July 3, 2015

Dengan Bismillah …

“ … mama , petang ni kita nak berbuka dengan air apa ? “

Bulan puasa kali ini, ayat inilah yang kerap saya dengar sepanjang 16 hari berada dalam bulan Ramadhan al- Mubarak.
Kebiasaannya lauk-pauk yang ditanya, tapi inilah realitinya bulan puasa ni. Anak-anak saya asyik bertanyakan menu air untuk berbuka.

Saya sendiri pun ada banyak senarai minuman yang muncul dalam kepala. Teringin nak minum air itu, air ini. Lauk-pauk jatuh nombor 2.
Puncanyanya cuaca di sini sangat panas sekarang. Ya sangat panas ! Orang utara cakap panas lit lit.

Selalunya selepas memasak serba sedikit juadah untuk berbuka, hampir jam 6 petang kami empat beranak akan keluar ke Bazar Ramadhan atau pun ke gerai-gerai kecil di tepi jalan raya. Alah, keluar dekat-dekat aje pun. Perlis ni kan ke kecil saja.

Kebiasaannya kami ke Balai Baru atau Bukit Keteri je. Baru 4 kilometer dari rumah. Hafiy dan si abang hendak minum air keladi dan teh bunga, Mr Hubby pula tak lain tak bukan air tebu dan air kelapa. Saya pula lebih suka jus buah … tembikai boleh, epal pun boleh . Apa-apa buah je lah. Kadang, tak beli pun tak mengapa sebab stok puri durian belanda pun banyak lagi kat rumah.

Untuk mendapatkan semua jenis air balang tu, terpaksa ke dua lokasi berbeza. Tapi dahaga ( dan nafsu berbuka ) punya pasal, apa pun sanggup kan. Harga air balang yang saya sebutkan di atas tu berbeza-beza. Air keladi dan air teh bunga antara RM 1- RM 2, bergantung kepada saiz bungkusan. Air buah confirm RM 2-RM 3. Air kelapa pula RM 3.50 , manakala air tebu RM 3.

Apa yang sempat saya perhatikan di lokasi menjual air kelapa ni, seorang pelanggan yang datang jarang sekali hanya membawa balik sebungkus air minuman. Biasanya 2, 3 bungkus seorang. Yang berkerumun menunggu giliran membeli pula bukannya seorang dua. Bayangkanlah berapa pendapatan suami isteri ni sepanjang sebulan Ramadhan dengan hanya menjual air tebu dan air kelapa ?

Pernah beberapa orang kawan menceritakan kepada saya, pendapatan hasil jualan air tebu dan air kelapa suami isteri yang ada seorang anak istimewa ni, mencecah RM 30,000 semusim Ramadhan ! Terkedu saya mendengarnya. Biar betul … Patutlah sampai ada yang sanggup berparang, sanggup bayar RM 40,000 semata-mata berebut tapak Bazar Ramadhan ! Rezeki Ramadhan, lumayan berniaga pada bulan puasa …

Itu kisah income mereka pada bulan Ramadhan. Pada bulan-bulan biasa pun dengar khabarnya tak pernah kurang daripada RM 4,000 pendapatan tetap mereka. Saya katakan pendapatan tetap, kerana sudah 5 tahun lebih saya melihat mereka di lokasi sama setiap hari . Hari-hari berulang-alik ke tempat kerja, mereka ada di situ.

Betapa buat bisnes air pun boleh hidup dengan mewah. Bisnes air sebenarnya boleh dilakukan secara sepenuh masa atau sekadar secara sambilan. Namun jika anda masih menganggur atau baru diberhentikan kerja atas sebab-sebab apa sekali pun, bisnes air adalah satu bidang yang mungkin perlu anda pertimbangkan untuk dijadikan sebagai sumber utama pendapatan anda.

Mengapa ? Ini antara rasionalnya.

1. Bisnes makanan dan minuman adalah bisnes yang tak akan ‘ mati ‘ selagi adanya kehidupan.
2. Ragam atau cara hidup yang semakin hari semakin sibuk menyebabkan ramai orang mengambil inisiatif dengan membeli makanan dan minuman berbanding menyediakannya sendiri di rumah akibat kekangan masa.
3. Modal yang rendah dengan margin keuntungan yang tinggi jika anda memilih untuk berniaga minuman berbanding perniagaan lain.
4. Fleksibel dan mobility – anda boleh berniaga tanpa perlu menyewa tapak perniagaan ( dalam keadaan tertentu ), boleh bergerak atau berubah lokasi mengikut keperluan.
5. Kepelbagaian menu minuman mengikut citarasa dan kreativiti.
6. Modul sokongan yang murah ,mengajar anda bagaimana memulakan bisnes air dan mencipta resepi minuman yang enak dan memikat, cara mengira kos permulaan niaga dan strategi bisnes air agar anda berjaya dan bertahan lama .

Demikian 6 rasional mengapa anda perlu memilih bisnes air sebagai mata pencarian jika cabang lain dalam perniagaan seperti MLM tidak berjaya membawa anda ke mana-mana. Sekarang, yang perlu dilakukan adalah merebut peluang. Soal malas, malu dan tak yakin perlu diletak ke tepi. Kata orang belum cuba, belum tahu .

Bertangguh tak akan membawa kita ke mana-mana pun.

p/s: Sedih melihat orang kita bersikap memilih pekerjaan. Yang kelihatan hari ini, perniaga bakso, cakoi, roti tempayan dan sebagainya adalah wajah-wajah asing yang dulu melarat di negara asal tapi hidup kaya-raya sekelip mata di bumi Malaysia.

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

2 thoughts on “Bisnes Air

  1. ajumohit

    setakat ni ada 6 perisa jus buah yang ada di rumah, barulah variety kan kak, semestinya berbuka dengan ais sebab skrg mmg panas lit lit 😉

    Reply
  2. Azzahairi

    Ramai yang nak tahu cara mula bisnes air ni. Lagipun puasa dah nak dekat. Tapi kena gak tahu berapakah modal bisnes air. 🙂

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me