Benarkah menulis itu bakat semulajadi ?  Seperti mana  yang selalu  difikirkan oleh sesetengah orang atau adakah ia bakat yang diwarisi ?

Sejujurnya saya sendiri tidak pasti jawapan tepat untuk persoalan di atas tapi hati saya berat mengatakan ia satu kemahiran yang boleh diasah. Bukan sebarang tebak tapi pengalaman sebagai seorang guru bahasa itu sendiri yang membuatkan saya berani berkata bahawa kemahiran menulis boleh diasah.

Daripada yang lintang-pukang ayatnya, murid boleh dilatih menulis ayat yang gramatis, ayat yang membuatkan si pembaca terkesan dengan bait-bait perkataan yang diatur. Semestinya ia proses yang berlaku hasil daripada pembacaan, pengamatan , pendengaran dan latih tubi. Keempat-empat proses ini berjalan seiring dalam situasi yang tidak disedari.

Seperti mana juga seorang blogger, keupayaan menulis dengan baik bukan diperoleh mendadak. Ia perlukan latih tubi. Belajar menulis tentang apa yang berlaku di persekitaran diri dan insan terdekat biarpun hanya beberapa baris sehari. Membaca hasil penulisan orang lain untuk melihat dan memahami gaya penulisannya dapat membantu melatih diri kita untuk menulis dengan lebih baik.

Rahsia Besar Penulis

Adakah saya seorang penulis yang baik ? Jika anda pening memikirkan apa maksud yang hendak saya sampaikan di sini, bermakna saya belum mampu menjadi penulis yang baik .. hehe. Tapi kalau anda sudah mula terpengaruh, bermakna saya memang ada bakat untuk menjadi seorang penulis dan dapat cari makan dengan menulis 😀 Erkkk perasan la tu ..

Terus terang saya memang suka menulis.Terutamanya tentang perasaan. Mungkin kerana karektor saya yang agak pendiam, sensitif dan terlalu mahu  menjaga hati orang lain maka banyak monolog kekesalan, kesedihan , kemarahan dan kekecewaan saya lepaskan melalui sebuah catatan. Sering kalinya sajak. Ia berterusan begitu sejak dari waktu saya belajar dalam tingkatan 3 sehinggalah ke hari ini . Bezanya kalau dulu ia 100 % tentang diri saya, tapi kini ia juga mencakupi kesedihan dan kegembiraan orang-orang yang berada dalam lingkungan hidup saya.

Bezanya juga ia kini diterjemahkan ke dalam bentuk blog, tidak lagi cerpen atau sajak yang pernah menjadi kegilaan saya satu ketika dulu.

Menjelang tingkatan 4, saya banyak memenuhi permintaan cikgu untuk mewakili sekolah dalam kebanyakan pertandingan mengarang esei. Entah, saya sebenarnya tidak nampak pun di mana kepandaian saya dalam bidang itu. Agak-agaknya cikgu -cikgu saya ketika itu sangat terdesak dan main tangkap muat je :-D. Apapun, semasa berada di tingkatan 6 rendah, percubaan Cikgu Ismail – guru saya ketika itu berhasil. Mungkin nasib baik saja agaknya, saya berjaya menjadi johan peringkat negeri dalam satu pertandingan mengarang esei anjuran beberapa jabatan kerajaan di negeri ini. Petang itu, di Perpustakaan Awam Negeri, berjabatlah tangan saya buat kali pertama kalinya dengan MB , Dato Seri Shahidan Kassim ketika itu. Keesokannya, terpampanglah beberapa saat wajah saya dalam Berita Wilayah jam 6 petang  yang ditayangkan oleh RTM. Kembang-kempis lah juga hidung masa tu ..Kenangan manis yang sering saya wara-warakan kepada anak-anak sebagai satu cabaran buat mereka.

Seni Menulis 101 Impian

Loya ? Sila jangan muntah .. hehehe .

Semoga Allah menjauhkan saya daripada sifat -sifat riak atau suka menunjuk-nunjuk ( aminn ). Rasionalnya, saya hanya mahu katakan  bahawa menulis bukan nya bakat semulajadi atau pun kemahiran yang  diwarisi. Bakat menulis boleh diasah, boleh diasuh. Dan pada zaman milenium ini, kemahiran menulis boleh menjadi sumber rezeki yang bukan sedikit.  Sudah banyak individu terkenal yang ada di sekeliling kita hari ini, hidup berjaya dan kaya raya kerana kemahirannya menyusun kata di dada kertas dan skrin komputer.

Mahu belajar tips-tips serta peluang dalam bidang penulisan ? Tunggu entri seterusnya nanti ye …insyaallah sebaik reda demam UPSR nanti !

12 Comments

  1. pada saya hendak seribu daya! kalau nak menulis, ada usaha, ada daya, ada hasilnya ^_^

    1. Author

      Sebab tu orang cakap, di mana ada usaha di situ ada kejayaan kan Nazra

  2. Saya pun setuju dengan pendapat cikgu..kemahiran menulis bukan berdasarkan kepada bakat semulajadi semata..ia sesuatu yang boleh dipupuk, diasah..
    Walaubagaimanapun, jika diiringi dengan bakat semulajadi, ia akan menjadi satu bonus..

  3. Tahniah menjadi johan dalam esei. hehehe.Kalau diasah tak mustahil jadi pandai.

  4. setiap kemahiran boleh belajar.kelebihan semulajadi itu satu advantage…

  5. hanya harta benda sahaja yang boleh diwarisi
    makin diguna makin habis

    bakat dan kemahiran boleh diasah
    makin diguna makin tajam

  6. Bakat ni satu anugerah. Tak payah diajar pun boleh buat dengan baik. Tapi bab menulis ia kena dipelajari. Orang yang tak belajar menulis, memang tak reti menulis sampai mati.. Jadi menulis bukanlah bakat semulajadi.

  7. mmg benar tu..kemahiran menulis perlukan latihan yg bertubi-tubi dan berterusan. Yg penting kita terus memperbaiki kekurangan penulisan kita… 😀

  8. Saya tidak memiliki bakat menulis, ide banyak namun selalu kesusahan menuangkan dalam bentuk tulisan

Leave a Reply to nazra Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *