BENARKAH BOLEH BUAT DUIT DENGAN BLOG ?

By | June 7, 2013

Persoalan sama ada benarkah boleh buat duit dengan blog ni merupakan persoalan yang kerap ditanya dan ‘digoogle’ oleh ramai pihak terutama bagi mereka yang ada keinginan ke arah itu.

jom buat duit dengan blog

Carian ‘buat duit dengan blog’ tak kira di Google.Com atau Yahoo.Com serta lain2 enjin carian menunjukkan keywords ini memang sangat popular. Bererti ramai yang berminat untuk menjadikan blog sebagai sumber buat duit.

Personally, saya bukanlah orang yang selayaknya untuk bercakap tentang hal ni. Menulis entri dengan tajuk begini hanya sekadar untuk berkongsi sedikit pandangan di samping menambahkan ‘kemeriahan’ yang sudah sedia ada dalam dunia buat duit dengan blog ­čÖé

Satu ketika dahulu sewaktu mula2 melibatkan diri dalam dunia blogging, saya sangat teruja untuk melihat kepingan ‘kertas’ aneka warna mengalir masuk memenuhi akaun bank sama seperti screenshot bukti masyukkk oleh blogger2 terbilang. Sangka saya tentulah saya akan melalui pengalaman sebegitu juga. Namun jangkaan saya ternyata meleset. Ye laa, baru dua minggu buat blog dah berangan nak dapat ribu-ribu dari advertiser …… hahaha ­čśŤ mana laa ada orang beri kan..┬ádah laa tak terkenal,entah datang dari mana dan blog pula cerita entah hape2

Actually, memang benar boleh buat duit dengan blog. Cuma, ia perlukan masa. Selebihnya perlu lebih banyak belajar dari blogger2 jenama besar seperti blogger ini,ini dan ini tentang teknik yang betul menjadikan blog bukan sahaja sebagai sumber  rujuk tapi juga sebagai laluan rezeki. Sekadar memberikan beberapa contoh sahaja.

Secara ringkasnya terdapat banyak cara untuk menjadikan blog sebagai sumber rezeki. Mungkin dengan menyertai senarai program  di bawah ini sedikit sebanyak dapat membantu.

  1. bekerjasama dengan Nuffnang
  2. ikat kontrak dengan advertlets atau bidvertiser
  3. sebagai agen dropship
  4. sebagai agen JDR
  5. yang terbaru dengan AssignsJob

Banyak lagi senarai program yang boleh disertai secara percuma. Saya menulis ni khas untuk adik2, kakak2 dan rakan blogger yang baru sahaja nak mengenal dunia blogging. Bagi yang sudah expert, memang sudah sedia maklum dan tak sesuai.  Bukannya apa pun, sebagai percubaan sebelum kita pergi lebih jauh dalam bidang ini. Bagi newbies atau adik2 blogger yang baru nak berjinak dalam bidang ini, mungkin senarai di atas adalah lebih  sesuai. Apabila sudah mahir, barulah jelajah benda2 yang lebih kompleks.

Oh ya, dalam sibuk sign up program itu dan ini, jangan lupa kualiti blog harus selalu dipertingkatkan. Fikir camane nak menulis content yang menarik, apa yang perlu dilakukan untuk meningkatkan trafik. Kedua-dua unsur ni penting dalam usaha menjadikan blog sebagai sumber buat duit.

Opps, lupa pula. kalau nak buat duit dengan blog, mesti ada blog dulu. Anda boleh cuba dulu dengan blogspot atau untuk pilihan lebih baik bolehlah daftar hosting dan domain berbayar di sini atau pun dengan exabytes.

Ok, insyaAllah entri yang bakal menyusul ialah sedikit info umum tentang program affiliate. Bukan tutorial ye,… siapalah saya nak menulis tentang itu. Sekadar perkongsian mudah untuk yang baru bergelar blogger.

Tunggu ye…

 

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada ­čśÇ ). Jika sudi, follow saya sekali ye ­čśÇ …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

8 thoughts on “BENARKAH BOLEH BUAT DUIT DENGAN BLOG ?

  1. TehR

    masih juga mencuba untuk buat duit dengan blog
    walau pun pernah dapat, tapi tak la banyak mana
    hehe

    Reply
    1. SisHaza Post author

      Cikgu ni saje merendah diri nih… kata org diam2 ubi. Mcm saya ni lain lah.. ada sikit2 je. Tapi, syukur rezeki gak tu kan

      Reply
    1. SisHaza Post author

      Kalau dah sampai mcm ni masih kategori belajar, kami yg baru ni entah masuk kategori apa x tahu lah… huhu

      Reply
  2. amirulcyber

    utk buat duit melalui blog bukan smudah yg kite sangka.terlalu byk kerja yg kite perlu lakukan.bukan setakat buat blog kite sudah menjana pendapatan malahan ianya lebih dr itu.utk buat duit melalui blog kite harus mempuyai sifat tidak berputus asa.kata org putih don’t easy to give up when you challenge facing you.kental jiwa and then barula boleh berjaya.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me