Salam Aidil Fitri

Hari Raya Aidil Fitri hari ini sudah masuk hari ke-5. Ramai yang sudah bergerak pulang ke ibu kota sejak dari Sabtu lepas lagi. Hari ini pun, saya masih percaya masih ramai yang berkira-kira untuk kembali ke rumah sendiri biar pun terasa berat hati untuk meninggalkan kampung halaman tercinta.

Apa daya, esok kebanyakan dari kita akan kembali bekerja. Bekerja untuk menampung kembali perbelanjaan besar yang telah dikeluarkan demi menyambut raya kali ini. Harap-harap tak adalah pula yang lepas beraya ni terpaksa berhempas pulas menanggung hutang piutang kerana terlebih berbelanja.

Sebut pasal kerja, ramai yang mengeluh walau dah bekerja keras tapi Ā gaji masih tak cukup-cukup untuk menampung kos perbelanjaan yang semakin hari asyik naik,naik dan naik saja. Turunnya tak pernah pernah šŸ™

Ya, inilah cabaran yang terpaksa saya dan anda sendiri hadapi pada zaman ‘ekonomi melesetā€™ macam ni. Cabaran untuk golongan sederhana seperti anda dan saya . Lainlah kalau kita ni CEO mana-mana syarikat gergasi kan šŸ˜

<<< Panduan Kerja Di Rumah Untuk Suri Rumah >>>

Hendak tak hendak kita harus terus bekerja dan menerima apa jua bentuk pekerjaan yang kita lakukan sekarang. Zaman sekarang tak boleh memilih kerja sangat. So bersyukurlah dengan apa yang ada.

Namun, dengan perkembangan pesat bidang teknologi juga perkembangan dalam lain-lain industri, peluang untuk bekerja secara sambilan yakni mencari pekerjaan kedua adalah sangat-sangat meluas. Banyaknya peluang kerja sambilan yang ada di sekeliling kita, namun tidak kita sedari sebab jarang memerhati.

Banyaknya peluang kerja sambilanĀ  yang sedia menanti. Antara sanggup atau tidak saja untuk bersusah payah dan berpenat lelah lebih sedikitĀ  Jika dahulu rehatnya panjang , berkorbanlah sejam dua untuk melakukan kerja sambilan di rumah.

Ya, fikirkan alternatif untuk buat kerja sambilan di rumah. Anda masih boleh lihat anak-anak membesar di hadapan mata. Anda masih punya waktu untuk anak,isteri mahupun suami .Anda masih boleh menyiapkan kerja-kerja mengemas, memasak dan sebagainya tanpa perlu berasa risau ada kewajipan terabai gara-gara nak cari duit lebih.

Di sini saya kongsikan beberapa jenis kerja sambilan dalam betapa banyaknya kerja sambilan yang ada. Jika anda seorang yang praktikal, tak suka duduk diam lama-lama menghadap komputer di rumah, anda mungkin boleh pertimbangkan untuk belajar membuat kuih-muih seperti donat, cakoi , putu bambu, puding, cupcake, pizzaĀ  atau pun makaroni.

Sekadar menyebut beberapa contoh.

Jika menurut kebiasaannya, untuk berniaga kuih-muih seperti itu pastilah sebuah tapak dan gerai diperlukan betul tak? So, bagaimana pula katanya tadi tak perlu berjauhan dari anak-anak ā€¦

Oppss ,jangan lupa pemasaran online sudah banyak mengambil alih peranan gerai dan tapak seperti yang anda risaukan itu.

Ikutlah jejak seorang rakan yang juga dulunya junior saya ketika di sekolah menengah. Beliau hanya seorang suri rumah biasa. Tapi kepakarannya membuat aneka jenis kuih talam membantunya memiliki pendapatan lumayan sendiri. Bukan saja sekadar sebagai duit poket, malah pendapatan hasil menjual kuih talam melalui FB , adakalanya mengatasiĀ  pendapatan tetap suaminya sendiri

Kemahirannya Ā menghasilkan kuih talam Ā tersebar melalui post-postnya di Facebook yang kemudian membawa pelanggannya ke rumah untuk mendapatkan sendiri juadah tersebut. Jadi siapa kata berniaga kuih-muih wajib ada gerai jualan ?!

Nampak tak bagaimana pemasaran online melalui Facebook, Instagram dan sebagainya mempermudahkan kerja anda ?

Bisnes Dropship

Ok. Andai kata cadangan kerja sampingan di atas tidak menarik minat anda, anda juga boleh cuba untuk memulakan bisnes dropship. Apa dan bagaimana bisnes dropship dijalankan, anda boleh baca dalam entri ini.

Bisnes dropship juga sangat popular hari ini. Ramai yang sudah mencuba dan berjaya menjana pendapatan lumayan walaupun ada antaranya masih bergelar pelajar lagi.

So, bagaimana sekarang ? Sudah nampak jalan untuk bermula ?

2 jenis pekerjaan sampingan dalam banyak-banyak peluang kerja sambilan yang ada di atas adalah sekadar perkongsian ringkas yang dapat saya kongsikan dengan anda hari ini. Masih ada banyak lagi bentuk pekerjaan sampingan yang mungkin sesuai untuk anda seperti penterjemah bebas, penulis blog dan sebagainya. Semuanya bergantung kepada kecenderungan , minat dan kemahiran yang anda miliki.

Apa yang pasti, andai anda rasa kewangan anda masih tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan hidup hari ini, saya hampir pasti anda memang perlu buat kerja part time segera. Memang kena buat šŸ˜€

Berlengah-lengahĀ  tak akan menyelesaikan masalah anda malah masa juga menjadi semakin singkat. Ye lah, umur makin bertambah. Takkanlah nak tunggu berusia baru terhegeh-hegeh nak kejar kesenangan sedangkan waktu tu hanya amal ibadat patut jadi keutamaan. Hee membebel pulak cik akak sorang ni šŸ˜€

Moh bertindak sekarang. Mesti berani untuk keluar dari zon selesa. Selamat berjaya !