APAKAH DROPSHIP ?

By | September 15, 2012

Salam perkenalan & persahabatan,

Entri pertama blog ni saya nak kupas sikit tentang dropship. Mungkin ramai yang dah pernah dengar tentang dropship ni tapi masih blur…So, saya harap, selepas baca entri ni, kalian dapat la faham apakah itu dropship.

Secara ringkas, dropship ni adalah  proses membekalkan @ menjual produk ( tak kira laa baju,tudung ,handbag ke atau apa..) kepada pembeli atau pelanggan tanpa perlu..

a). kedai fizikal / kiosk perniagaan

b). modal ( sesetengah pembekal mengenakan sedikit yuran sbg syarat untuk menjadi agen mereka  ) *

c). sewa lori dan lain2 pengangkutan yang seangkatan dengannya

d). simpan stok

Kita cuma perlu apply dengan pemborong,pembekal atau pemilik kedai untuk jadi agen dropship mereka. Setelah approve, kita boleh copy & paste  gambar-gambar produk ke laman blog @ kedai online ( jika ada, satu kelebihan ) ,media sosial yang popular seperti FB, Twitter atau lakukan promosi-promosi lain secara online atau offline.

Apabila ada pembeli, kita dapatkan bayaran daripada mereka. Duit payment tu kita bayar pula kepada pembekal. Pembekal lah yang akan uruskan pembungkusan dan penghantaran produk tu . Tugas kita selesai di situ sahaja. Mudah betul kan..

Sebenarnya, ramai yang sudah pun berjaya menjana pendapatan sampingan dengan biz konsep ini. Malah ada yang capai ribu-riban lagi dengan hanya buat bisnes dropship ni. Huu,memang best lah.

Tak faham lagi ?

Ok, saya tunjukkkan kat sini carta atau flow dropship ni

panduan dropship

Tak faham juga? Hurmm, susah  nak cakap kalo macam  ni.

Kalian boleh try rujuk sini. Kot lebih faham dengan penerangannya.

Dah faham ? Ok,  kalau dah faham, boleh la mencuba  🙂

 

 

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me