AKIBAT OVER USAGE CPU SERVER LAGI

By | April 2, 2013

Selamat tengah hari. Kalian dah makan ke belum ? Kalau belum, eloklah makan segera…jangan dibiar perut tu kosong lama2, nanti masuk angin. Bila dah berangin satu badan, susah pulak jadinya.

Semalam selepas asyik bercerita pasal sambal belacan, ada planning nak sambung entri sewaktu dengannya. Tiba2 dapat email notification, daripada syarikat hosting blog ni mengatakan over usage cpu server lagi.. OMG tak habis2 lagi !

Kali ini saya dinasihatkan agar menukar theme blog kerana dipercayai masalah penggunaan cpu server yang berlebihan oleh blog picisan ni adalah berkait rapat dengan theme yang dah banyak bulan saya gunakan.

Memang hari tu ada saya menyebut tentang ura2 nak tukar theme dek ketidakpuasan hati terhadap prestasinya. Tapi selepas  ‘ sesi kaunseling’ dan ‘memperbaharui ikrar ‘ berjanji sehidup semati, tiba2 datang cerita lain.

So dalam keadaan separuh hati & ragu-ragu terpaksa jugak akhirnya melepaskan si Swift Basic ni pergi… huhuhu. Ini lah akibat over usage lagi.Rasa agak ralat jugak kerana saya sukakan penampilannya. Nampak cantik dan clean je di mata walaupun orang lain mungkin cakap tersangatlah hodohnya.

Pusing keliling pusing keliling akhirnya saya pilih Twenty 11 buat sementara waktu sebab dirasakan mungkin theme ni yang lebih sesuai. Jika semuanya ok, mungkin ini adalah yang terakhir.

Beri masa dalam seminggu dua untuk melihat perkembangannya. Jika masalah ni tak selesai, maybe saya terpaksa beralih arah ke syarikat hosting yang lain.

Harap2 semua akan ok, amin !

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

5 thoughts on “AKIBAT OVER USAGE CPU SERVER LAGI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me