Dengan lafaz Bismillah β¦
Selepas lebih setahun menunggu dan lihat β¦ semalam akhirnya saya sign up Advertorial.My π Sign up secara rasminya, mencuba nasib sebagai publisher.
Mungkin ada sahabat yang tertanya-tanya, mengapa ?
Sebenarnya, cerita-cerita tentang peluang untuk para blogger menjana side income sebagai penulis di advertorial.my memang sudah lama saya dengari. Peluang yang saya fikir memang menarik, sesuai untuk direbut jika mahu karier sebagai blogger terus berkembang dan memberikan pulangan.
Cuma masa tu saya masih berbelah bagi. Memang dalam banyak keadaan, begitulah diri saya yang sebenarnya. Saya tak mahu tersilap langkah dan waktu itu rasanya tak terdaya mengejar banyak perkara dalam satu masa. Takut kalau yang dikejar tak dapat, yang dikendong pula berciciran.
Ok, flash back sikitlah tentang sejarah mula aktiviti blogging yang membawa kepada kerja sambilan sebagai IM, ( wahhh, macam dah jadi IM tersohor gituuΒ π )
Blog apacerita ni secara rasminya dibangunkan pada September 2012. Asalnya hanya kerana minat menulis, juga adakalanya sebagai escapisme saat berdepan dengan banyak ujian dan dugaan dalam hidup saya. Ia juga lebih kepada platform untuk saya berniaga secara online .
Oh ya, mungkin masih ada yang belum tahu bahawa blog ini adalah blog ke-2 saya. Blog yang saya bangunkan secara bertatih,langkah demi langkah bersendirian, bermula dari zero. Pada masa yang sama, belajar banyak perkara dari kesilapan blog pertama.
Pada 2 May 2013, 8 bulan selepas domain apacerita.com didaftarkan, tanpa disangka-sangka, saya mendapat permintaan untuk menulis review berkenaan senarai hotel di Kuala Lumpur oleh pemilik blog Jom Jalan. Itu adalah job pertama saya sebagai penulis advertorial berbayar. Seronok tak terkira pada masa tu kerana tak menjangka sama sekali ada pihak yang berminat dengan blog ini.
Selepas itu bermulalah kerja-kerja menulis review berbayar untuk beberapa pihak di samping promosi-promosi produk affiliate.
Akhirnya saya sign up Advertorial.My . Mengapa ?
Alhamdulillah, komisyen pertama hasil jualan produk affiliate saya peroleh 9 bulan selepas blog ini dibangunkan. Satu tempoh yang saya kira agak pendek juga kerana terdapat sesetengah blogger yang menunggu lebih 2 tahun untuk mendapat hasil pertama buat duit dengan blog.
Sehingga hari ini, Alhamdulillah usaha mempromosikan produk-produk affiliate terus membuahkan hasil dan saya sangat bersyukur kerana Allah membuka pintu rezeki anak-anak melalui cara ini.
Dalam tak sedar, sudah 19 kali saya menerima komisyen untuk Panduan Soya dan Tau Fu Fah, 16 kali untuk Pakej Putu Bambu, lebih 8 kali daripada Ashadee ( dulunya Jom Niaga ), satu sales dengan Klik Jer, beberapa komisyen affiliate lain yang saya sendiri sudah lupa pihaknya, terbaru 2 kali daripada Bisnes Air dan 3 komisyen daripada Mobicow selain daripada Nuffnang.
Demi Allah, niat berkongsi pengalaman ini bukan sesekali untuk menunjuk-nunjuk. Sekadar berkongsi cerita bahawa rezeki Allah itu maha luas, ada di mana-mana termasuk melalui penulisan blog. Bezanya cepat atau lambat, sedikit atau pun banyak.
Peluang Kerja Sebagai Penulis Review Part Time & Full Time, Daftar Sekarang ..
Jika dibandingkan dengan para IM terkenal, apa yang saya peroleh itu kecil sahaja.Mungkin barat setitis air dari pili yang menitis masuk ke dalam tempayan andai boleh dikatakan begitu ( hihihi peribahasa memandai-mandai ciptaan sendiri ) Tidak cukup untuk menjadikan saya kaya-raya atau bermewah-mewah namun ia setidak-tidaknya membuka jalan dan menjadikan usaha saya untuk berbakti kepada keluarga dan ibu bapa , berjalan lebih mudah.
Dalam tak sedar juga, saya mulai berasa lebih selesa menjadi affiliate marketer. Tak keterlaluan jika dikatakan bidang ini mungkin serasi dengan saya.
Oleh kerana perjalanan membina blog sudah mulai konsisten ( konon-kononnya ), sudah tiba waktunya untuk saya melangkah jauh dan bertindak lebih selangkah ke hadapan dengan mendaftar sebagai penulis review di advertorial.my.
Saya tidak meletakkan harapan tinggi untuk mendapat peluang menulis dengan mereka dalam tempoh terdekat. Blogwalking ke blog-blog yang sudah berdaftar dengan pihak Kliks Solution ini menunjukkan ada sesetengah mereka menunggu lebih dari setahun sebelum mendapat peluang untuk menulis review produk dan perkhidmatan untuk pihak pengiklan.
Apa-apa sekali pun, saya pilih untuk terus melangkah, berfikir dan bertindak lebih positif kerana saya percaya rezeki milik Allah itu ada di mana-mana dan mudah-mudahan dengan izinNya, tindakan saya ini betul dan dipermudahkan semuanya.
Mohon ikhlas doakan saya ya wahai sahabat .
alhamdulillah, tahniah kak segala usaha telah membuahkan hasil, bolehla belajar dgn akak nanti π
Ha ha ha…. sebenarnya akak yang belajar dari Aju
Assalamualaikum, Zumal terperasan blog nie di advertorial.my tadi. All the best yer…
Waalaikumsalam Zumal… thanks yer π
amin dan saya doakan semoga sukses selalu
Tahniah kak..murah rezeki..:)
TQ Qiya … Alhamdulillah π