Adakah Blog Masih Relevan ?

By | September 16, 2018

Saya tertanya-tanya adakah blog masih relevan ? Dengan perkembangan pesat social media yang lain segala info boleh diakses dan dikongsi secepat kilat , adakah blog ini masih relevan untuk diteruskan ? Atau sebenarnya mungkin sudah ketinggalan  ?

Hal ini lah yang beberapa hari lepas meletakkan saya dalam keadaan berbelah bagi. Berbelah bagi sama ada mahu ditamatkan sahaja dan meletakkan noktah dalam blogging atau diteruskan lagi sekadar kudrat yang ada.

Ya, 11 September lepas genap 6 tahun blog ini diterbitkan. Bermula dengan zero ilmu berblog, sehinggalah sekarang masih tak cukup pandai dan terus perlu belajar. Dan yang pastinya selepas 6 tahun, page rank nya tak pernah berganjak ke angka 2 😀

Antara Blog & Bisnes Dropship

Antara kedua-dua pilihan ini, terus terang saya lebih suka menulis blog. Minat asal yang bercambah dari dahulu dan tak pernah padam-padam. Namun apabila terlibat dalam bisnes dropship, masa untuk berblog terpaksa dihadkan. Tuntutan-tuntutan dalam bisnes dropship menyebabkan saya ‘terlupa’ sekejap dengan blog ini. Aduhai, bila dikenang-kenangkan terasa kesal dan betapa ruginya.

Penglibatan dalam bisnes dropship memang lebih lumayan berbanding menulis blog ( merujuk blog ini sahaja ) namun karenah dan tuntutan menjadi seorang agen dropship jika tidak kena cara menanganinya memang boleh bikin kita stres.

Inilah yang berlaku pada separuh fasa pertama menjadi agen dropship sebelum kita dapat menghadam semua cabaran tersebut.

Pencapaian Blog ApaCerita. Com

Selepas 6 tahun, blog ini masih dalam kategori blog suam kuku huhuhu .. Namun, walaupun suam-suam kuku, saya gembira ia tetap menyumbangkan saya sesuatu. Biar tak sehebat blog ternama dan berpengaruh besar, Alhamdulillah hasilnya tetap ada.

ApaCerita.Com pernah menulis beberapa review berbayar seperti entri ini dan ini.

Tersenarai dalam ranking 10 affiliates terbaik dengan jualan 25 unit  e-book Panduan Tau Fu Fah

Jualan 18 unit e-book Panduan Putu Buluh

Jualan 7 unit e-book Rahsia Bun

Dan beberapa siri program affiliates lain seperti Tudung Si Comel, KlikJer , Sweet Muslimah dan BookCafe. Tak ketinggalan juga hadiah sagu hati Cabaran Affiliates BookCafe.

Bukan Niat Menunjuk-nunjuk

Sekadar imbas kembali, apa yang telah dicapai sepanjang berblog. Menulis bermula dari suka-suka kemudian berkembang menjadi sumber sampingan.

Sayang sekali apabila saya hilang fokus. Hampir setahun juga, blog ini seperti hilang arah.

Hari ini, saya cuba untuk kembali membangunkannya. Doakan moga Allah lorongkan kembali ilham untuk menulis

 

 

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me