ADAB MENULIS KOMEN DI BLOG

By | September 24, 2013

Adab menulis komen di blog ketika aktiviti blogwalking (kebanyakannya oleh blogger dan jarang sekali oleh pembaca ) ini sebenarnya sudah acapkali ditulis oleh blogger-blogger lain termasuk blogger ini yang kerap menulis panduan-panduan berguna  buat seorang blogger.

Kemungkinan apa yang bakal saya coretkan di sini juga isinya sama seperti tips menulis komen yang pernah diterbitkan di blog lain. Kalaulah ada persamaan seperti itu ,ia hanya satu kebetulan.

Apa-apa sekali pun, ini sekadar pandangan peribadi yang saya tulis berdasarkan persepsi  saya sendiri. Anda mungkin menyetujuinya dan mungkin juga sebaliknya.

Pengalaman menerima pelbagai bentuk komen ( positif dan negatif ) rentetan daripada penulisan artikel yang terdapat dalam blog ini mendorong saya untuk menulis entri kali ini .

3 adab menulis komen di blog yang rasanya patut diberikan perhatian oleh blogger ketika aktiviti ziarah atau blogwalking ialah.

  • Penggunaan kata ganti nama diri

Penggunaan kata ganti nama diri pertama ‘aku’ banyak diterima pakai ketika menulis komen. Namun bagi saya ia hanya sesuai digunakan jika:

–  dalam  kalangan  blogger berkenaan, mereka   sudah saling mengenali ( walaupun hanya di alam siber )

–  pengomen berada dalam lingkungan usia sebaya atau hampir sebaya

–  komen berbentuk gurauan yang sekadar bertujuan mengusik atau mewujudkan suasana mesra

Sebaliknya ia menjadi agak janggal dan kurang sesuai jika

– kali pertama bertandang dan memberi komen ( sebelum ini tak pernah kenal )

– pemilik blog kelihatannya seperti lebih senior atau berusia ( macam saya 🙂 )

– berbeza jantina

  • Penggunaaan bahasa ‘sms’

Penggunaan bahasa ‘ sms ‘ seperti tidak atau tak yang diringkaskan menjadi ‘ x ‘ sahaja, aku menjadi ‘ak’ dan sebagainya lagi. Penggunaan  bahasa ringkas yang sukar dibaca dan difahami, malah boleh menimbulkan salah tafsir. Lain yang dimaksudkan, lain pula difahami oleh pemilik blog.

  • Komen berbaur sinis atau sindiran

Hal ini kerap berlaku apabila pembaca kurang bersetuju dengan isi kandungan sesuatu penulisan atau ‘si  pembaca’ sejak awal lagi seakan mempunyai persepsi negatif  tanpa sebab munasabah terhadap pemilik blog. Contohnya begini ” …hmm,iyelah cikgu lah katakan “. Jika anda pernah menulis komen begini, perlulah disedari ia hanya memberi gambaran buruk terhadap diri anda dan blog anda sendiri.

Ada 2 kemungkinan yang bakal berlaku iaitu blog anda mungkin dikunjungi ramai kerana pembaca atau pemilik blog ingin melihat siapakah dan bagaimanakah kandungan blog yang dimiliki oleh si kurang beradab ini. Sebaliknya blog anda mungkin langsung tidak menjadi pilihan untuk dikunjungi lantaran keceluparan dan kebiadapan anda itu.

Bukankah bahasa jiwa bangsa ?

Demikian  adab menulis komen di blog mengikut persepsi saya. Lain orang mungkin lain pula pandangannya 😉

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

19 thoughts on “ADAB MENULIS KOMEN DI BLOG

  1. TehR

    satu nasihat yang baik ni
    moga2 selepas ni saya sendiri lebih berhati-hati bila meninggalkan komen di mana-mana

    Reply
  2. Mizz Aiza

    aiza bersetuju dengan entri ini.. terima kasih kerana mengingatkan aiza.. namun kadangkala tanpa aiza sedari ada juga komen aiza yang membuatkan blogger lain mungkin berkecil hati..

    Reply
  3. ajumohit

    peringatan yang baik kak, betul tu sebaiknya tinggalkan komen yang baik agar tidak menyinggung mana2 pihak, komen yang manis akan membuatkan pembaca tersenyum dan lebih mengingati kita dan akan kerap datang berkunjung utk berkomentar 😉

    Reply
  4. kakiblog

    kadang-kadang kita terlupa adab kerana desakan waktu untuk blogwalking..dan ada juga yang jenis tak kisah terhadap perasaan orang lain.

    p/s: terima kasih kerana backlink untuk saya..terbaik punya.

    p/s : jangan lupa untuk singgah dan baca entri terkini saya di [SINI]

    Reply
  5. pahan

    macam mana nak komen ni ? uhu. kadang2 kita terlupa dan boleh jadi benda tu dah biasa kita lakukan.hehe.

    prevent is better than cure 🙂

    Reply
  6. Bahrain

    kadang2x pun kita tak perasan apa yang kita tulis. Atau mungkin dah menjadi kebiasaan. Tapi untuk penggunaan perkataan ringkas seperti ak, ko, dan sebagainya jarang saya komen macam tu .

    Reply
  7. Naziman Azlye

    Biasanya saya juga menegur bila kurang setuju dengan pendapat seseorang tetapi dimulakan dengan “minta maaf, rasanya pendapat boleh diperbaiki dan bla bla bla..”

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me