3 Jenis Kerja Sambilan Terbaik 2015

By | September 22, 2015

Salam ukhwah untuk semua

Alhamdulillah, jam 7 petang semalam kami sekeluarga selamat tiba di FJ. Sebaik keluar dari LPT Pantai Timur- Ajil, kami lajak ke Kuala Berang dulu. Bukan apa, balik ke rumah keluarga mertua takkan lah nak berlenggang dengan tangan kosong saja kan. Tak seronok lah macam tu kan ..

Kami ke pekan Kuala Berang lalu singgah di Pasaraya XIRI. Beli 2 bungkus roti keping GARDENIA, 1 tin sekaya jenama NONA, 2 tin sardin AYAM BRAND, 1 tin Tuna spread, 2 jenis biskut cream crackers dan cheese, 1 pek kecil MILO dan 2 pek MAGGI jumlahnya hampir RM 75.

Wah, terasa macam mahal sangat bayar RM 75 untuk benda-benda makan yang simple begitu. Padahal itu lah hakikat nilai barangan makanan zaman sekarang walau beli kat tempat sendiri atau mana-mana tempat sekali pun.

Sama juga jika ke pasar pagi. Dahulu, seingat saya RM 30 boleh beli 2,3 jenis ikan dan sejenis dua sayuran sekaligus. Tapi zaman sekarang dengan nilai RM30 tu mungkin boleh beli sejenis ikan dan setengah kilo udang kolam saja. Itu pun ikan dan udang jenis biasa-biasa saja. Tak mimpilah nak makan udang besar kan ๐Ÿ˜

Jika difikir-fikirkan memang terasa sangat keadaan ekonomi kita yang semakin menurun. Bagi kita yang ada kerja tetap ni pun sudah terasa akan kesannya, bayangkanlah bagaimana agaknya dengan pesara yang tiada elaun pencen, mereka yang bekerja sendiri, tiada pendapatan tetap , baru diberhentikan kerja dan juga yang masih menganggur. Kasihannya kan ..

Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu seperti sekarang , hendak tak hendak kewangan kita perlu diuruskan dengan lebih baik. Lebih baik daripada pengurusan sebelumnya sebab sudah terlalu banyak perkara lari daripada perancangan asal. Dengan tambahan cukai barangan dan perkhidmatan ( GST ) dan kenaikan harga minyak dan barangan , rasanya adalah lebih baik kita berbuat sesuatu seperti melakukan kerja-kerja sampingan yang boleh membantu kita untuk ‘top up’ sumber pendapatan.

Kerja sampingan ini boleh jadi apa saja. Contohnya berniaga di pasar malam menjual putu dan tau fu fah. Atau buka gerai burger selepas waktu kerja tetap. Mungkin juga menawarkan servis potong rumput pada hujung minggu. Apa-apa sajalah yang tidak menyalahi hukum agama dan undang-undang negara.

Bagi yang tiada kemahiran sebegitu, anda mungkin boleh pilih 3 jenis kerja sambilan terbaik 2015 seperti yang akan saya kongsikan di bawah ini. Ya, 3 jenis kerja ini insyaallah sesuai untuk anda jika anda tidak ada bakat berniaga tapi memiliki serba sedikit kemahiran menggunakan komputer dan talian internet.

3 jenis kerja sambilan terbaik 2015

3 jenis kerja sambilan terbaik 2015 yang saya maksudkan ini ialah :

1. Penterjemah bebas

Untuk makluman anda, kerja-kerja penterjemah bebas ini adalah melibatkan kerja-kerja penterjemahan sesebuah teks , skrip, iklan, kandungan laman web dan sebagainya daripada bahasa asal ke bahasa yang lain. Lazimnya melibatkan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. So kalau anda menguasai kedua-dua bahasa ini, amat mudah untuk melakukan kerja-kerja ini.

Upah atau gaji untuk pekerjaan ini dibayar dalam mata wang USD. Dalam keadaan sekarang, ia memberikan pulangan yang lebih tinggi untuk anda.

Untuk mengetahui tempoh sesuatu job atau untuk mendapatkan lebih pencerahan, saya sarankan anda baca entri terdahulu atau boleh saja terus ke laman kerja penterjemah bebas.

2. Juru Taip Data

Kerja sambilan sebagai juru taip data setakat entri ini ditulis adalah merupakan kerja sambilan paling hot dan mendapat sambutan ramai. Tak percaya boleh tanya Mr GOOGLE. Sama seperti penterjemah bebas, kerja ini juga memerlukan penggunaan komputer dan internet.

Upah untuk kerja sebagai juru taip data ini juga sangat lumayan dan dibayar dalam nilai USD.

Jangan bimbang jika anda tidak mempunyai pengalaman sebagai juru taip data kerana untuk memulakan tugasan ini, anda akan dibimbing sehingga berjaya.

Berikut saya sertakan lampiran contoh kerja-kerja juru taip data bagi memudahkan anda memahami bakal bidang tugas anda dan kadar upahnya :
contoh kerja juru taip data

Perhatikan, bulatan merah pada print screen contoh tugasan. Ia menunjukkan kadar upah dalam nilai USD. Agak lumayan bukan ?

Ok, untuk maklumat lanjut tentang bidang kerja ini anda boleh baca entri terdahulu di sini atau terus ke laman rasmi juru taip data.

3. Affiliates Pakaian Muslimah

Jika anda rasakan kedua-dua jenis pekerjaan di atas kurang sesuai dengan minat atau kemampuan anda, anda masih ada peluang untuk mencari pendapatan sampingan dengan bekerja sebagai affiliates pakaian muslimah. Tugasan ini hanya memerlukan anda mempromosikan pakaian muslimah kepada rakan-rakan, kenalan, sahabat handai atau sesiapa sahaja melalui laman Facebook, Twitter , Instagram dan jaringan sosial yang lain.

Jika ada rakan atau kenalan anda yang membeli pakaian muslimah ini, anda akan dibayar komisen tanpa mengira had masa atau jumlah pembelian. Senang sahaja bukan ? Percaya atau tidak, Sweet Muslimah adalah antara kedai online yang telah berjaya membantu ramai affiliates di luar sana menjana side income sehingga ada yang senang-senang mencecah komisenย  4 angka sebulan.

Berminatย  untuk mengubah nasib anda ? Anda boleh daftarkan diri di sini. Confirm 100% free sahaja ๐Ÿ™‚

Demikian tadi 3 jenis kerja sambilan terbaik 2015 yang dapat saya kongsikan kali ini. Yang menariknya tentang 3 jenis kerja tersebut adalah anda tidak perlu keluar dari rumah untuk melakukannya. Cukup dengan memiliki sebuah komputer dan talian internet dah boleh siapkan sama ada ketika menonton atau sambil berehat-rehat minum petang . Ketika travelling pun masih boleh buat. Anda juga tidak perlu risau jika ia akan mengganggu masa kerja tetap anda kerana ia boleh dilakukan bila-bila masa sahaja yang anda suka.

Ada terfikir untuk mencari part time job untuk mengatasi masalah kewangan anda sekarang ? Di sini lah pilihan terbaik dan sekarang lah masanya. Usah berlengah lagi sehingga keadaan kewangan anda meruncing dan tak terkawal lagi.

Selamat maju jaya ye semua .

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada ๐Ÿ˜€ ). Jika sudi, follow saya sekali ye ๐Ÿ˜€ …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

9 thoughts on “3 Jenis Kerja Sambilan Terbaik 2015

  1. Tehr

    nak dapat banyak rezeki
    kena usaha sepenuh hati
    serta mohon pada illahi
    in sya allah akan diberkati

    Reply
    1. SisHaza Post author

      Wslm… Maaf saya lambat reply. Saya belum pernah cuba kerana saya lebih fokus kepada menulis . Tapi ada kawan-kawan saya yang pernah cuba dan mereka memang dibayar

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me