Salam mesra buat semua pembaca dan rakan blogger

3 hari meninggalkan 2013 mungkin belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2014 khas buat semua pengunjung blog dan rakan blogger.

Segala catatan kenangan lama sama ada baik atau buruk  usahlah lagi dikenang sebaliknya jadikan ia sebagai satu pengajaran dan pedoman ke arah kehidupan yang lebih baik.

Tahun baru dengan azam baru ? Semuanya bergantung kepada diri masing-masing. Jika dirasakan harus ada anjakan besar, mulakanlah dari sekarang. Jika dirasakan hanya perlu buat penambahbaikan terhadap semua usaha yang dilakukan pada tahun sebelumnya, teruskanlah tanpa perlu bertangguh sesaat pun.

Saya sendiri tidak menetapkan sasaran yang terlalu banyak untuk tahun 2014 ini. Hanya 5 ( tak banyak apa daa .. ) perkara yang menjadi keutamaan 2014 iaitu penambahbaikan dari segi ibadah, keluarga, pengurusan kewangan , kerjaya ( kerjaya hakiki dan semestinya sebagai part time blogger ) dan kesihatan.

Terkesan dengan sebaris ucapan yang biasa-biasa saja tapi meresap ke dalam hati  oleh Pengarah Pendidikan Negeri, JPNPs semasa mendaftarkan Hafiy ke tingkatan 1 di salah sebuah sekolah kluster kecemerlangan di sini.

” Kita sebagai manusia ada kekuatan dan sebagai makhluk ada juga kelemahannya. Jadikan kekuatan yang ada itu untuk memberi kebaikan kepada diri sendiri dan orang lain “.

2014 tahun penambahbaikan kepada blog ini dengan beberapa sasaran iaitu :

Penambahbaikan dari segi PR blog dan juga ranking oleh Alexa ( Setengah tahun dahulu blog ini pernah berada pada kedudukan antara 4000 ke bawah di Malaysia manakala world rank pula +- 400,000, yang bagi saya satu pencapaian yang memuaskan hati buat seorang blogger status try and error, tapi kini menjunam teruk kerana kesilapan diri sendiri dan tiada konsistensi )

Mengurangkan penulisan kisah peribadi kepada penulisan berbentuk panduan,  info atau perkongsian maklumat untuk semua.

Mengurangkan penggunaan gambar dan memperbaiki cara penulisan agar lebih catchy dan mesra pembaca.

Semestinya menjana pendapatan yang lebih melalui blog ini berbanding tahun lepas hihihi.

Bercerita tentang buat duit dengan blog, 3 jam sebelum detik countdown 3 hari lepas, blog ini menjana RM 50.00 melalui komisyen ke 4 & 5 Video Tutorial Putu  Bambu. Alhamdulillah , mungkin ia satu petanda baik menjelang 2014 😀

Sekali lagi selamat tahun baru 2014 buat semua. Terima kasih kepada semua pembaca yang pernah mengunjungi blog ini. Tidak lupa buat rakan blogger seperti Sifu Pantun, Ibu Penyayang, Puteri Kasih, Dunia Kecil, Cahaya Cinta, Akuro San, Anak Bekas Perajurit, KB serta ramai lagi rakan blogger lain yang kerap memberi komen di blog ini. Terima kasih kerana kalian sudi memberi sokongan secara tidak langsung di blog ini.

” Berkongsi Untuk Kebaikan “

12 Comments

  1. selamat tahun baru 2014.. aiza doakan semoga segala perancangan berjalan lancar dan dipermudahkan oleh Allah.. tahniah juga di atas komisyen itu, semoga terus murah rezeki pada tahun ini dan akan datang.. 😀

  2. salam tahun baru kak, semoga tahun 2014 lebih baik dari sebelumnya, tahniah juga utk komisen yg baru diterima ;). Semoga perkongsian di blog ini memanfaatkan semua pembaca

  3. salam tahun baru.ayuhai..macam segmen nak berpisahlah pula.

    rajin jua orang itu tambah baik blog kita juga tiada waktu uh…semoga blog ini sukses selalu.

    ps:terima kasih atas backlinknya.

  4. salam tahun baru.. penambahbaikan dari yang baik kepada yang terbaik.. insya Allah..


  5. Tahniah atas kejayaan untuk tahun 2013. Semoga informasi di blog ini menjadi rujukan ramai pengguna internet seluruh dunia.

    *Ada sedikit komen membina untuk theme blog ni. Pandangan saya, lebih bagus sekiranya gunakan semula theme blog yang asal yang ada header gambar budak kecil tu. Nampak macam sedap mata memandang.

    Selamat berblogging di tahun 2014

    1. Author

      Terima kasih atas cadangan … itulah tengah mencari theme sesuai ni :} Mungkin satu masa akan kembali juga ke theme asal tu

  6. tahniah sis rezeki akhir tahun…
    pasni jom kita lipat gandakan usaha update blog & buat duit dr blog smbil perkongsian utk kebaikan..insyaAllah..

    ps: blog akak dah bagus..teknik promosi affiliate pn nmpk natural tp menyakinkan..

    1. Author

      hihihi tq ciktom…. sebenarnye akak belajar senyap2 ikut cara ciktom le…mohon halalkan ilmu ye 😀

Leave a Reply to Mizz Aiza Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *