TANDA-TANDA KEMATIAN

By | April 24, 2013

Dengan Nama Allah Yang Maha Penyayang Lagi Maha Mengasihani

Entri petang Rabu yang saya cuba agar ‘ direct to the point ‘, mengurangkan sikap talkative yang ada masanya menyerang tanpa signal…. hahaha ๐Ÿ˜€

Asyik sibuk membuat post tentang etika pilihan raya, calon bebas pilihan raya dan segala apa saja berkaitan PRU 13 ni, mungkin secara tak sedar menyebabkan diri ter ‘alpa’ seketika. Sibuk berkata-kata tentang urusan duniawi, hingga semacam terlupa pula pada tuntutan alam kekalย yang satu lagi.

Andai kata maut menjengah ( ** seriau amat dibuatnya, mudah-mudahan hanya dipanggil setelah bekalan perjalanan untuk dihitung amal jariahnya mencukupi secukup-cukupnya .. ) saat sibuk dan kalut dengan urusan keduniaan tentulah padah yang menanti.

So, dalam leka bergebang pasal calon yang hendak diundi, parti mana hendak dipangkah, ceramah dan kempen markasย politik mana yang hendak dijengah, apa kata luangkan masa di sini sekejap untuk melihat ” Tanda-tanda Kematian “.

Sesungguhnya hal yang satu ini adalah jelas sekali hanya rahsiaNya. Kita sebagai hamba, hanya mampu mempelajari secebis berdasarkan apa yang tersurat dalam Al-Quran.

Entri ini adalah entri lamaย terbitan semula daripada blog saya yang bernichekan kesihatan. Moga-moga boleh memberikan keinsafan buat kita semua…. amin!

Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.

Rasulallah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara langsung akan kesukaran menghadapi sakaratul maut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda.

Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratul maut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.

Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walau bagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.

Adapun tanda-tanda kematianย ini terbahagi kepada beberapa keadaan :

  • Tanda 100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yangย sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati , maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

  • Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

  • Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

  • Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

  • Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

  • Tanda akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Sumber :esempoi.com

 

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada ๐Ÿ˜€ ). Jika sudi, follow saya sekali ye ๐Ÿ˜€ …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

5 thoughts on “TANDA-TANDA KEMATIAN

  1. hafizmd

    alhamdulillah…perkongsian yg cukup perlu dihadami

    moga2 kita tak tunggu tanda untuk mula berubah jadi lebih baik..ameen

    thanks dj kongsi entri ni

    Reply
  2. Meera Annesa

    Assalamualaikum… saya ingin bertanya, adakah tanda kematian ini benar? Adakah terdapat nas di Dalam Al-quran atau hadis tentang tanda-tnda kematian ini?

    Allah berfirman:

    ูˆูŽูŠูŽุณู’ุฃูŽู„ููˆู†ูŽูƒูŽ ุนูŽู†ู ุงู„ุฑูู‘ูˆุญู ู‚ูู„ู ุงู„ุฑูู‘ูˆุญู ู…ูู†ู’ ุฃูŽู…ู’ุฑู ุฑูŽุจูู‘ูŠ ูˆูŽู…ูŽุง ุฃููˆุชููŠุชูู… ู…ูู‘ู† ุงู„ู’ุนูู„ู’ู…ู ุฅูู„ุงูŽู‘ ู‚ูŽู„ููŠู„ุงู‹

    Ertinya: Dan mereka bertanya kepadamu (Muhammad) tentang ruh. Katakanlah, “Ruh itu urusan Tuhanku, sedangkan kamu diberi pengetahuan hanya sedikit.” (QS Al Isra’ 17:85)

    Reply
    1. SisHaza Post author

      Salam Meera,
      Terdapat sesetengah pendapat yg mengatakan ada hadis yg sahih mengenainya. Yg lain pula,mengatakan sebaliknya… sesungguhnya semua urusan ini adalah dlm rahsia Allah jua. Saya sekadar berkongsi apa yg pernah dibaca,jika ada kesilapan,itu memang dari saya sendiri. Lebih penting,jika ia dpt menjadi peringatan supaya kita sedar bahawa Allah boleh memanggil kita kembali bila2 masa saja…. jika ini masih blm menjawab pertanyaan Meera, bolehlah rujuk di sini )) http://qazikirdandoa.blogspot.com/2009/03/tanda-tanda-hampir-mati.html

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me