SIAPAKAH 7 GOLONGAN MANUSIA YANG DILINDUNGI PADA HARI KIAMAT KELAK ?

” Dunia ini hanya pinjam-pinjaman,akhirat jua tempat kekal abadi…”

kartun solat

Demikian kata bidalan yang sering kita dengar . Ungkapan ini merujuk kepada kehidupan sementara di dunia. Sampai satu masa semua orang akan menemui kematian. Kemudiannya umat manusia akan dihidupkan @ dibangkitkan semula demi penghitungan terhadap amalan-amalan yang dilakukan semasa bernafas di muka bumi.

Dalam agama Islam, telah dinyatakan bahawa terdapat 7 golongan manusia yang dilindungi pada hari kiamat. Mereka ini adalah terdiri daripada :

1. Para pemimpin yang ADIL. Jika sebaliknya, azab pedih akan menanti mereka.

2. Anak muda yang semasa hidupnya sentiasa beribadat kepada Tuhannya oleh kerana anugerah badan yang sihat, ingatan yang kuat, pendengaran yang tajam serta usia dan ruang masanya yang panjang.

3. Mereka yang hatinya lekat pada masjid. Terdapat hadis yang mengatakan 2 hayunan langkah kakinya ke masjid mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah dan dikategorikan sebagai sedekah.

4. Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah, kedua-duanya berkumpul dan berpisah demi keredaanNya.

5. Lelaki yang digoda wanita cantik dan kaya untuk melakukan dosa, namun ditolaknya dengan dia berkata ” Aku takut kepada Allah “.

6. Orang yang memberi sedekah secara IKHLAS dan melakukannya secara SEMBUNYI sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi tangan kanannya.

7. Orang yang menyebut, mengingati dan mengagungkan Allah dengan tiada perkara lain dalam ingatannya.

Apabila diberikan kesihatan yang baik dan usia yang panjang, sama-samalah kita menggunakannya ke arah kebaikan. Setiap hela nafas,sentiasalah berikrar untuk menuju ke arah kebaikan.

Kredit ilustrasi : gigitankerengga.blogspot.com

 

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me