SAMBUTAN HARI RAYA MENGIKUT SYARIAT ISLAM

By | August 3, 2013

Salam Ramadhan

Hanya tinggal lebih kurang 4 hari sahaja lagi  umat Islam di seluruh dunia akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Jika ada yang berhajat untuk balik ke kampung halaman, rancanglah perjalanan dengan teliti agar perjalanan tersebut berjalan dalam keadaan lancar dan selamat.

2,3 hari ni banyak berita kemalangan maut yang kita dengar atau dapat  dibaca dari akhbar2 tempatan. Kebanyakannya berlaku disebabkan kecuaian pemandu. Mudah-mudahan kita dan kaum keluarga dijauhi dari musibah begitu.Aaminnn…. 🙂

Ok, jom berbalik kepada cerita sambutan hari raya. Lain orang lain cara sambutannya. Ada yang meraikan hari penuh bermakna ini dengan cara balik ke kampung halaman masing-masing bertemu kedua-dua ibu bapa tercinta, kaum keluarga dan sanak saudara. Cara ini adalah cara paling popular dan menjadi pilihan kebanyakan orang. Ada juga yang menganjurkan rumah terbuka. Bagi golongan muda, mereka lebih gemar bertemu dengan rakan-rakan serta menghabiskan masa bersama seperti pergi menonton wayang dan sebagainya.

Satu lagi cara sambutan raya orang zaman moden yang kian menjadi ikutan kini ialah dengan pergi melancong ke luar negara. Jika mampu apa salahnya kan ..

Sebenarnya apa saja cara sambutannya adalah hak individu. Sesuai atau tidak, elok atau sebaliknya bukanlah hak kita untuk menentukannya. Cuma jika sambutan hari raya  mengikut syariat Islam digunakan sebagai garis panduan untuk meraikan Aidil Fitri,  tentulah pengisiannya akan menjadi lebih bermakna.

Tahukah anda bahawa terdapat 11 perkara yang digariskan dalam Islam dan menjadi amalan Rasulullah SAW ketika menyambut hari raya?

Bertakbir

Bermula ketika kelihatannya anak bulan (hilal) dan berakhir selepas kemuncak hari raya iaitu selepas selesai bacaan khutbah Aidil Fitri oleh imam yang mengimamkan solat sunat Aidil Fitri.

Melafazkan ucapan Selamat Hari Raya kepada sesama saudara Islam tatkala bertemu.

” Apabila para sahabat Rasulullah bertemu pada hari raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain ‘ taqabbalallahu minna waminka ‘ (semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu )” – Fath al-Bari, al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani, Jilid 5 halaman 270-271.Hadis Hasan

Meneruskan Qiamulail

Jika pada setiap malam semasa Ramadhan diisi dengan solat terawih, maka amalan-amalan lain seperti solat Tahajud patut diteruskan.

Mandi sunat hari raya

Sama seperti mandi wajib, mandi sunat  Aidil Fitri juga sunat dilakukan sebelum bergerak ke masjid. Ali bin Abi Thalib pernah ditanya mengenai mandi sunat, adakah ia boleh dilakukan setiap hari.

” Tidak harus melakukannya. Namun,mandi sunat yang diharuskan ialah mandi sunat pada hari Jumaat,hari Arafah,hari raya Aidil Fitri dan hari raya Aidil Adha .”- Imam Syafie dalam Musnad al-Syafi’i, Jilid 1 halaman 118-119.

Makan sebelum solat Aidil Fitri

Disunatkan agar kita makan sedikit juadah sebelum melangkah ke masjid.

Memakai pakaian yang cantik

Disunatkan memakai pakaian cantik yang kita miliki di samping memakai wangi-wangian. Perkara ini ada disentuh dalam Ringkasan Al-Umm,Jilid 1 halaman 327.

Berjalan kaki ke masjid atau surau

Ok, syariat ini ada disentuh dalam hadis riwayat Tirmizi. Walau bagaimana pun, bergantung juga kepada kesesuaian mengikut keadaan kehidupan manusia pada masa kini.

Tempat @ Lokasi solat hari raya

Sunat mengerjakan solat sunat ini di kawasan lapang @ musolla seperti yang menjadi amalan Nabi pada zaman dahulu. Walau bagaimanapun keadaan ini jarang sekali dilihat dilakukan di Malaysia.

Mendirikan solat Aidil Fitri

Ibn Abbas berkata :

” Rasulullah telah keluar pada Hari Raya Aidil Fitri kemudian terus mengerjakan  solat hari raya sebanyak 2 rakaat. Baginda tidak melakukan sebarang solat sebelum dan sesudahnya “- Hadis Riwayat Bukhari.

Bergembira pada hari raya

Bergembira namun masih pada batas-batas tertentu sebagai merayakan kemenangan berpuasa menahan hawa nafsu.

Berpuasa sunat 6 hari pada bulan Syawal

Sabda Rasulullah SAW

” Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan lalu diiringi dengan puasa 6 hari pada bulan Syawal,seolah-olah dia telah berpuasa setahun ” – Hadis Riwayat Muslim.

Sumber : segmen ‘ Tanya Ustaz’, Kosmo ! Jumaat 2 Ogos 2013

 

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

6 thoughts on “SAMBUTAN HARI RAYA MENGIKUT SYARIAT ISLAM

    1. SisHaza Post author

      hmm, selalunya yg ke laut tu yang biasanya melebih lebih beraya mengalahkan orang puasa penuh kan Mr TehR

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me