PERINCIAN SURAH AN-NUR

By | March 30, 2013

Assalamualaikum wbt. Moga kalian semua dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya.

Pertama sekali, maafkan saya jika terdapat kesalahan atau kekurangan dalam entri kali ini. Sesungguhnya kelemahan itu datang dari saya sendiri.

Susulan kepada entri lepas yang bertajuk ” Surah An-Nur Untuk Didik Anak Gadis “ , saya coretkan pula  akan sedikit perincian berkenaan surah tersebut kali ini. Apa yang saya tulis adalah berdasarkan pembacaan dan sedikit rujukan daripada sumber yang boleh dipercayai. Mudah-mudahan dengan adanya perincian Surah An-Nur ini, dapat membantu memberikan kefahaman kepada kita semua.

Sebahagian besar surah ini mengandungi petunjuk berhubung dengan isu rumah tangga dan kemasyarakatan. Terdapat 3 pecahan atau dasar yang disebut dalam surah ini meliputi Al-Iman ( Keimanan ), Syariah ( Hukum-hukum ) dan Al-Qhishah ( Kisah-kisah).

Mengikut Tafsir Munir, Jilid 18, halaman 118 -120 penekanan Surah An-Nur adalah meliputi perkara-perkara berikut:

  1. Hukum-hakam berkaitan kekeluargaan
  2. Pembinaan institusi keluarga mengikut landasan yang kukuh
  3. Pemeliharaan institusi keluarga daripada perkara-perkara yang membawa kerosakan
  4. Penyusunan struktur institusi keluarga & cara mengelakkannya daripada runtuh

Bagi yang  jarang membaca surah ni ( termasuk saya sendiri ) mungkin kurang arif bab atau bahagian manakah yang mula diceritakan. So di bawah saya coretkan  susunan atau pecahan perkara yang disentuh atau dibicarakan mengikut urutan.

  • Hukum ke atas penzina serta mereka yang menuduh perempuan yang baik
  • Hukum lian atau menafikan nasab anak
  • Memelihara ummah daripada terjebak dengan kerosakan akhlak
  • Kisah Sayidatina Aisyah r.a yang berpunca daripada sangka buruk dan fitnah @ tuduhan terburu-buru
  • Memerangi penyebaran berita palsu
  • Menjauhi was-was syaitan serta memupuk kasih sayang yang menjadi teras kehidupan orang Mukmin
  • Adab-adab dalam kehidupan peribadi dan umum – contohnya adab meminta izin memasuki rumah,menundukkan pandangan, memelihara kemaluan, menzahirkan perhiasan wanita kepada bukan mahram, mengharamkan pergaulan bebas lelaki & perempuan, mengahwinkan wanita bujang dan lain-lain lagi
  • Menceritakan dalil kebesaran Allah,kewujudan & keesaan-Nya
  • Sikap munafik
  • Hukum meminta izin bagi kanak-kanak pada masa-masa tertentu dan beberapa adab lain termasuk adab dengan junjungan besar Nabi Muhammad SAW

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

2 thoughts on “PERINCIAN SURAH AN-NUR

  1. ajumohit

    bagusnya perkongsian ini, mmg byk manfaat dari surah2 al quran, skrg ni pula byk gejala yang tak diingini, wajib utk mengamalkannya

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me