KENALI 9 JENIS ANAK SYAITAN

By | February 12, 2013
Adakah  begini rupa Daasim..? * Sekadar gambar hiasan
Adakah begini rupa Daasim..? * Sekadar gambar hiasan

Semalam semasa mengemas rumah, saya mengumpul kertas-kertas serta buku lama yang sudah tak digunakan lagi. Niatnya nak bakar saja sebab dah lama dok bertepek kat rak bacaan sampai dah tak muat nak letak buku-buku baru. Sambil-sambil tu sempat juga membelek-belek kandungannya. Manalah tahu, mungkin ada catatan yang berguna untuk dibaca. Dalam sebuah executive planner tahun lepas, terselit satu artikel yang saya kira menarik untuk dikongsi bersama pembaca dan rakan blogger yang lain.

Mungkin sudah ramai yang tahu tentang adanya 9 jenis anak  syaitan  yang banyak ‘ berpeleserandi sekeliling kita dan bertindak mempengaruhi tindak-tanduk atau tingkah laku kita serta anak-anak kita. Saya taip semula di sini untuk peringatan. Ini juga mungkin boleh dianggap sebagai salah satu cara berdakwah walaupun diri ini bukanlah ustazah jauh sekali alim-ulam 🙂

Moga-moga dengan bertambahnya pengetahuan, makin bertambah baiklah cara hidup kita….insyaallah.

Saidina Umar Al-Khattab r.a berkata :

” Terdapat 9 jenis anak syaitan yang mesti kita berwaspada agar tidak terjerumus ke lembah kehinaaan… “

1. DAASIM

Ia duduk di muka pintu rumah kita. Jika kita tidak memberi salam ketika masuk, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga ( suami isteri sering bergaduh, bermasam muka, bertindak ganas, bercerai-berai, anak melawan cakap ibu bapa dan pelbagai bentuk gangguan yang membawa kemusnahan keluarga ) ** Yang ini kita sering dengar pagi-pagi kat radio SINAR kan…

2. WATHIIN

Ia akan mendekati orang yang ditimpa musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. MURRAH

Ia akan melalaikan dan merosakkan mereka yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini diseret hingga tenggelam dibuai keseronokan dan dunia glamour.

4. WALAHAAN

Walahaan akan cuba menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan amal ibadat kita yang lain.

5. HAFFAF

Ia berkawan baik dengan kaki botol. Sangat suka menghampiri orang-orang yang suka berada di tempat-tempat maksiat ( disko,kelab malam, karaoke, rumah urut, majlis tari-menari dan sebagainya lagi ) dan tempat terdapatnya minuman keras.

6. MASUUD

Ia ‘ berumah ‘ di bibir / mulut manusia supaya sering mengumpat, bergosip, memfitnah dan apa sahaja jenis penyakit atau masalah yang berpunca daripada kata-kata.

7. LAKHUUS

Ia merupakan sahabat & orang Majusi yang menyembah api dan matahari.

8. ZALITUUN

Zalituun duduk di pasar atau kedai serta tempat-tempat seumpamanya menggoda manusia supaya boros berbelanja, hilang sifat berjimat cermat dan membeli barang-barang tidak perlu serta melebihi kemampuan. ** ha’ah sape la agaknya golongan ni ye ?! Tentu ramai yang nak menunding jari kepada kaum perempuan, tetapi lelaki juga sebenarnya tidak terkecuali…  🙂

9. A’AWAN

Tugasnya menghasut sultan, raja atau pemimpin supaya menjauhi rakyat, leka atau seronok dengan kedudukan dan kekayaan sehingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

Kredit Ilustrasi : Zazzle.Com

 

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

4 thoughts on “KENALI 9 JENIS ANAK SYAITAN

  1. cik tom

    dpt ilmu baru arini..ciktom pn slama ni xtau plk nama n jenis anak syaitan..moga2 kita semua dijauhi dr godaan syaitan…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me