Hukum Wakalah Dalam Ibadat Qurban

By | September 16, 2015

HUKUM WAKALAH DALAM IBADAT QURBAN

Selamat Hari Malaysia semua,

Beberapa hari yang lepas, tak silap saya sama ada hari Sabtu atau Ahad , Astro Oasis ada menyiarkan satu rancangan berkaitan ibadat qurban dan aqiqah di luar negara seperti di Kemboja dan lain-lainnya. Maaf tak pasti pula siaran tu atas tajaan pihak mana kerana di Malaysia ni, terdapat beberapa pihak yang aktif menjalankan program serupa.

Tak kira lah ia mewakili pihak yang mana satu pun. Yang penting siaran tersebut pasti telah dapat memberikan sedikit pencerahan kepada orang ramai yang masih was-was benarkah proses agihan ibadat qurban secara online ini dijalankan dengan telus atau scam sahaja.

Bagi yang sempat menonton siaran tersebut pastinya dapat melihat sendiri bagaimana tempahan ibadat qurban secara online ini diuruskan dengan baik sekali di negara-negara yang terlibat.

Secara kebetulan juga, saya ada terbaca tentang Hukum Wakalah Ibadat Qurban yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Selangor dalam akhbar SINAR bertarikh 26 Ogos 2015.

Di sini saya petik siarannya tanpa sebarang suntingan bagi mengelakkan salah salur maklumat yang boleh menjejaskan kefahaman orang ramai tentang ibadat qurban ini.

PERMASALAHAN NIAT QURBAN

  1. Niat qurban itu sebaliknya ditentukan sama ada qurban wajib (nazar) atau sunat bagi mengelakkan niat itu menjadi qurban wajib.
  2. Haram memakan daging qurban bagi orang yang berniat qurban wajib (nazar) dan hendaklah disedekahkan kesemua daging tersebut kepada fakir miskin.

WAKIL ATAS WAKIL

Hukum wakalah dalam ibadat qurban  adalah harus dengan syarat-syarat seperti berikut:

  1. Lafaz wakalah hendaklah secara soreh atau kinayah;
  2. Hendaklah mendapat izin dari muwakkil;
  3. Muwakkil wajib melafazkan takwil sama ada secara soreh atau kinayah kepada wakil yang dilantik untuk menguruskan qurban tersebut.

PENGAGIHAN DAGING QURBAN KE NEGARA LAIN

Harus memindahkan daging qurban sama ada ia qurban wajib atau pun sunat ke tempat lain setelah diagihkan kepada orang-orang fakir dan miskin secara merata di kawasan tersebut.

PENGAGIHAN DAGING QURBAN KEPADA ORANG KAFIR

Tidak harus memberi makan daging qurban dan aqiqah kepada orang bukan Islam sama ada daging qurban wajib dan aqiqah wajib ataupun sunat.

Diharapkan perkongsian ringkas ini dapat memantu anda lebih memahami akan hukum wakalah dalam ibadat qurban serta beberapa perkara berbangkit tentang ibadat qurban.

Jika ada yang berminat untuk melakukan tempahan ibadat qurban secara online, masih ada lebih kurang 4 hari lagi peluang tempahan sebelum pendaftaran tempahan ditutup.

Andai kata,  tahun ini anda belum bersedia, jangan bimbang tempahan ibadat qurban ke negara-negara saudara seagama kita untuk tahun-tahun seterusnya masih boleh dilakukan selagi pihak ini masih beroperasi, insyaallah.

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

6 thoughts on “Hukum Wakalah Dalam Ibadat Qurban

  1. ringantangan

    Alhamdulillah, tahun ni satu bahagian, urus duit betul2, ketepikan RM100 sebulan, tahun depan boleh 2 bahagian. Moga Allah permudahkan.

    Reply
  2. Arifudin

    Nita qurban sebaik mungkin, ketahui syarat nya. Meskipun harga sapi dan harga kambing qurban baik kambing atau sapi semakin naik, tak mengurangi untuk berkurban yang baik sesuai syarat sah untuk qurban, semoga banyak yang dapat merasakan bahagia mendapatkan qurban

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me