HIKMAH DIMARAHI

By | June 26, 2013

” Balik aje ke rumah dia mula menyinga. Ada-ada saja yang tak kena. Itu belum lagi cerita sejurus bangun pagi. Masam mencuka.. Bicara pembuka tirai pagi,usah cerita lah. Sepatah pun jangan harap dapat didengar. Apabila ditanya hendak minum ke tidak, hanya dengusan tak senang saja yang kedengaran. Terkadang salam pun tidak disambut,cepat saja pintu kereta dihempas. Tombol minyak ditekan ,berdesup pergi …Diri inilah yang terkulat-kulat memamah dan menghadam segala kepedihan.

Berbezanya cara apabila rakan-rakan sekerja menelefon. Ramahnya bukan alang-alang. Ceria usah dikira. Begitu juga dengan hamster kesayangannya. Entah apa butir kata , seolah-olah faham benar makhluk kecil  yang kerap berdecit-decit itu dibelai – belai dan diajak berbicara sedemikian rupa.

Aku…?! Bagai tunggul kayu mati yang tunggu masa sahaja hendak menyembah bumi ! Sepi dan luka , terpinggir dalam rasa keterasingan yang maha hebat. Mengapa marah-marah ? Apa salahku …. ? “

Lumrah dalam kehidupan  pasangan berumah tangga. Bukannya sedikit yang pernah dibadai  dugaan sebegitu. Memiliki pasangan panas baran merupakan ujian besar yang harus ditangani sebijak mungkin agar tidak berlaku gejala penderaan fizikal dan emosi yang akhirnya boleh mewujudkan situasi di luar kawalan.

Benar, sakit hati , kecewa dan amarah sudah pasti melanda. Betapa kasih sayang dan pengorbanan sepertinya tiada harga. Tidak dipandang dan tidak dihargai.

Berbincang dari hati ke hati dan cuba mengenal pasti punca , mungkin dapat menyelesaikan masalah sebegini.

Atau mungkin juga apa yang sedang dirasakan itu, sebenarnya bukan kerana apa-apapun 😛  Tiada pengkhianatan, tiada juga kecurangan. Cuma kita sebenarnya mungkin sedang didekati dan disapa oleh Al-Wally, Ar-Rahman

Ia, Dialah Al-Wally dan Ar-Rahman yang mengilhamkan  lahirnya kasih sayang di hati setiap manusia,  mengambilnya semula lalu menyuburkannya kembali buat mereka yang dikehendaki.

Hikmah dimarahi, betapa kita leka meraih kasih sayang manusia, bermuram durja apabila berasa tidak lagi disayangi sedangkan Dia satu-satunya pemilik kasih-sayang abadi tidak pernah berada jauh. Sentiasa dekat untuk memberi kasih sayang hakiki tanpa bersyarat. Lalu mengapa pada saat kita terasa kehilangan kasih sayang seorang manusia, tidak pula kita cuba untuk mengisi kekosongan itu dengan kasih sayang yang lebih abadi daripadaNya ?

Mengikis rasa kecewa, benci dan marah akibat sering dimarahi, pada hakikatnya adalah satu pengembaraan mengisi hati dengan kemaafan dan kasih sayang. Mohon dan mengadulah kepada sumber asal kasih sayang iaitu Ar-Rahman. Tidak akan ada seorang manusia pun yang mampu memberi kasih sayang jika tiada keizinan dari Nya.

Sabda Rasulullah SAW:

” Bersikap lemah lembutlah kepada orang yang telah berlaku bodoh kepadamu, berilah maaf kepada orang yang telah berbuat aniaya kepadamu, berilah yang bakhil kepadamu dan bersilaturrahimlah dengan orang yang memutuskannya daripadamu ..” ( Riwayat Tabarani )

Usah kecewa apabila dimarahi. Hikmah dimarahi, moga menyedarkan kita bahawa masih ada kasih sayang hakiki yang lebih berbaloi untuk direbuti.

P/s: Tiba- tiba terasa diri seperti  Ustazah Bahiyah pula….he he he 🙂

 

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

10 thoughts on “HIKMAH DIMARAHI

  1. TehR

    kita sering terlupa siapa kita
    dan siapa pula yang paling menyayangi kita

    terima kasih mengingatkan

    Reply
  2. ajumohit

    jangan bila dah dpt apa yg diinginkan kita ini dilupakan, janji sehidup semati semoga ianya ditepati

    Reply
    1. SisHaza Post author

      Hehe…jgn salah faham, x de kaitan dgn tuan blog. Tuan blog x bela hamster:) …tp bukan sedikit yg pernah lalui perkara sebegini ,betul tak ?

      Reply
  3. Hafizul

    Terima kasih kak…memang ada port yang terkena dengan batang hidung sediri dalam artikel ni..insyaAllah..nasihat akak akan saya turuti..terima kasih kak…artikel ni memang terbaik…

    Reply
    1. SisHaza Post author

      Welcome Hafizul 😛 … ilham dari Allah melalui pembacaan je. Memang kita manusia ni ada kelemahan masing2

      Reply
  4. Sobri Mansor

    Kesabaran dalam berumahtangga memang perlu. Suami adalah payung kepada isteri. Kalau keadaan sebegini yang terjadi, perlu berbincang dan duduk semeja bincang apa masalah yang masing-masing tidak puas hati. Jangan nanti daripada nanah kecil berubah menjadi barah. Bila dah terlambat, menangis air mata darah sekalipun tak berguna

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me