Tudung kanak-kanak
MENGAPA REZEKI TIDAK DATANG MENJENGAH – Kongsi Macam2 Cerita

MENGAPA REZEKI TIDAK DATANG MENJENGAH

Salam sejahtera untuk semua,

Niat untuk menulis tentang cerita rezeki ni sebenarnya sudah lama bermain-main dalam fikiran. Ia bermula apabila saya sering menemui carian kata kunci ‘amalan murah rezeki’, ‘doa murah rezeki’ dan pelbagai keyword berkaitan  rezeki melalui akaun Nuffnang  blog ini. Mungkin carian -carian ini dibawa ke blog saya melalui entri-entri terdahulu berkaitan cerita rezeki.

Cuma rasa bimbang takut tersalah ungkap, membuatkan saya berfikir banyak kali untuk menulis.  Takut nanti jadi cerita lain pula. Iye laa, cerita mengapa rezeki tidak datang  menjengah ni sedikit sebanyak tidak boleh lari dari unsur agama. Tersalah tulis, padah jadinya.

Saya bukannya seorang ustazah atau ahli dari bidang agama. Jadi, apa yang bakal tercoret pada baris-baris seterusnya ini, hanya lah sekadar satu pandangan peribadi. Mungkin betul, mungkin juga sebaliknya. Baca dan fikir dahulu. Jika betul, ambillah ia sebagai satu pedoman. Jika salah terima lah ini sebagai kekhilafan saya sebagai hambaNya yang serba kekurangan.

Semua orang berdoa memohon diberikan rezeki yang murah. Rumah yang besar dan lengkap, kereta menjalar, wang melimpah, pakaian yang cantik, anak-anak yang cerdik, pasangan yang sempurna,  tubuh yang sihat dan segala kemahuan semula jadi setiap manusia yang bernyawa.

Namun, bukan semua bernasib baik. Rezeki masing-masing telah ditentukan. Cuma sebagai hamba kita digalakkan berusaha dan berdoa kerana nasib juga boleh diubah, tentu sekali  dengan keizinanNya jua.

Soal mengapa rezeki tidak datang menjengah, susah dapat rezeki atau rezeki tak berkat, orang dapat banyak kita dapat sikit, dan segala macam persoalan tentang rezeki ni adalah sebahagian daripada rahsia Al-Razzaq. Hal yang diluar daripada pengetahuan akal sedar. Kita sebagai manusia hanya boleh mentafsir berdasarkan logik akal. Susah atau senang mendapat rezeki mungkin juga ada kaitannya dengan amalan-amalan atau tindakan kita dalam kehidupan yang selalu kita pandang sepi. Mungkin kita ….

 <<  Tips  Mudah Didekati Rezeki  >>

  1. Suka melengah-lengahkan solat disebabkan leka dengan kerja-kerja rumah seperti memasak yang dianggap perlu diselesaikan dengan segera. Apabila dah siap, baru selesa nak sembahyang.
  2. Ada hutang dengan orang yang belum dijelaskan sedangkan keadaan kewangan sudah kembali kukuh.
  3. Ada ibu bapa yang hanya tinggal di sebelah rumah, tapi punyalah sibuk sampai tak sempat nak menjenguk bertanya khabar.
  4. Rumah jiran sebelah yang jaraknya 30 langkah sahaja tetapi tak pernah kita kunjungi dengan alasan tak ada masa.
  5. Jiran sedang sakit tapi kita berat kaki untuk menziarah.
  6. Ada undangan kenduri kesyukuran, kahwin dan sebagainya tapi tidak kita penuhi.
  7. Ada kematian dalam kampung atau berdekatan dengan kawasan tempat tinggal kita juga tidak kita ziarahi.
  8. Ada nafkah anak isteri yang memang menjadi tanggungjawab kita tetapi kita abaikan hak mereka  sebaliknya kita belanjakan wang tu untuk kawan-kawan.
  9. Jarang sekali bersedekah kepada golongan yang memerlukan.
  10. Kita tahu kewajipan berzakat, tetapi tidak menunaikannya.
  11. Kita bernazar untuk membuat kenduri kesyukuran jika hajat tercapai, tetapi kita tidak menunaikannya apabila hajat itu benar-benar  tercapai.
  12. Kita meninggalkan puasa, tetapi tidak menggantikannya.
  13. Ada Al-Quran di rumah, tetapi kita tidak membacanya.
  14. Ada haiwan peliharaan di rumah, tetapi kita biarkan ia kelaparan.
  15. Ada anak-anak jiran yang kita tahu hidupnya susah, tetapi tidak kita berusaha membantu.
  16. Ada anak yatim berhampiran rumah, tetapi kita buat-buat tak nampak.
  17. Kita mengaku selalu bersyukur, tetapi pada masa sama kita menjadi hamba yang kufur.
  18. Kita mengaku bencikan kemungkaran tetapi kita dekati maksiat.
  19. Kita derhaka kepada ibu bapa.
  20. Kita menjadi ibu bapa derhaka kepada anak-anak ( eh, biar betul ? )

Banyak lagi perkara yang kelihatannya kecil dan remeh tetapi mungkin itulah yang menjadi punca mengapa rezeki tidak datang menjengah.

Mohon maaf jika apa yang tersenarai di atas bunyinya sedikit keras . Saya 200%  langsung tidak ada niat  untuk menujukan hal ini kepada sesiapa. Ia tidak lebih daripada peringatan dan tarbiah  kepada diri sendiri. Sedikit sebanyak terkena juga pada batang hidung sendiri terutama hal-hal berkaitan nombor 1,4 dan 6. Saya akui itu. Hu hu..

Buat pembaca blog ini yang benar-benar mahu memahami bagaimana caranya menjemput rezeki dengan mudah, tanpa ragu suka saya syorkan kalian agar dapatkanlah buku terbitan Galeri Ilmu ini dari mana-mana kedai buku berhampiran atau beli saja secara online. Sudah lebih daripada 2 kali saya ulang membacanya dan ia benar-benar menyedarkan saya bahawa ….

buku-buku

…..  dalam setiap rezeki kita sentiasa ada bahagian orang lain !

 

 

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

About the Author

SisHaza
Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang 'Hubungi' untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada :-D ). Jika sudi, follow saya sekali ye :D .... Terima kasih dan jemput datang lagi!

9 Comments on "MENGAPA REZEKI TIDAK DATANG MENJENGAH"

  1. antara buku popular ni
    moga2 rezeki kita sentiasa murah dan berkat

  2. Tengok kat MPH buku ni tersenarai sebagai top 10 terlaris sekarang. Bagus sangat ramai orang baca. Moga mampu mengubah masyarakat menjadi lebih baik

  3. kena bbelek balik lah buku nih hehe

  4. Emm teringat pula akan kesilapan saya yang selalu melambatkan solat..terima kasih kak kongsikan..insyaAllah akan segerakan solat bila masuk waktu..patutlah rezeki susah mahal sangat..emmm

  5. Rezeki tidak datang bergolek…. Rezeki kena cari… Nak tau atau nak dapatkan tips untuk senang rezeki tu menjengah tanpa disorok-sorok, kena baca buku ni baru tau

  6. semoga dimurahkan rezeki.Iklaskan hati utk membuat kebaikan 🙂

  7. rezeki ada di mana2 dan bagi orang beriman rezeki yang diterima adalah ujian semata2…kalau sikit syukur sahaja dan kalau banyak pun syukur juga.

1 Trackbacks & Pingbacks

  1. REZEKI DAN DOA | Kongsi Macam2 Cerita

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Follow Me