AMBOI, TINGGI BETUL WANG HANTARAN GADIS MALAYSIA !

Dikatakan bahawa jumlah mahar yang tinggi  diletakkan  ibu bapa para gadis tempatan menjadi punca utama mengapa para jejaka Malaysia lambat kahwin . Sesetengahnya pula memilih untuk terus membujang.

Dikatakan juga bahawa faktor ini menjadi salah satu punca yang menyebabkan para jejaka beralih kepada gadis seberang ( Indonesia, Thailand, Rusia  dan sebagainya).

Betul ke mahar atau wang hantaran gadis2 di Malaysia terlalu tinggi sekarang ? Adakah kerana kos sara hidup yang makin naik, status atau darjat keluarga, rupa paras atau sikap materialistik ibu bapa ?

Haiii, nak kahwin susah… dah kahwin susah…tak kahwin pun susah 😐

Ada juga yang mengatakan bahawa status akademik si gadis menjadi kayu ukur kepada jumlah mahar yang bakal diletakkan oleh mak bapak si gadis. Makin bijak si gadis, makin tinggi le jumlah  wang hantarannya.

Ok, jom kita lihat jadual wang hantaran atau mahar gadis-gadis di Malaysia.

Status Akademik Jumlah  Mahar ( Minima ) Maksima
UPSR & PMR RM 2,000 RM 4,000
SPM RM 4,000 RM 8,000
STPM & DIPLOMA RM 8,000 RM 12,000
IJAZAH RM 12,000 RM 15,000
IJAZAH SARJANA RM 15,000 RM 20,000
PHD RM 20,000 RM 30,000

 

 

 

 

 

 

Haa, boleh la mula buat budget dari sekarang bagi jejaka2 yang tengah planning nak mendirikan masjid tu …

Sebenarnya jumlah mahar sebegini ada pro dan kontra yang tersendiri. Relevan atau tidak pun bergantung atas penerimaan masing2 tapi jika memang sengaja nak letak tinggi2 macam yang dibuat sesetengah selebriti tu, sangatlah tak wajar betul tak ? Lagi pun awak tu bukannya artis kan…… he he he.

Dari sudut agama pula, hantaran tidak seharusnya tinggi kerana dikhuatiri membebankan mana-mana pihak. Cenderung juga ia membawa kepada masalah kahwin lari atau lebih jelik lagi mendorong kepada perlakuan menyalahi batas moral dan hukum agama seperti bersekedudukan atau perzinaan.

Dari segi yang lain pula, mungkin ia boleh membantu memupuk sikap lebih bertanggungjawab kaum Adam. Bukannya apa pun, hari ni banyak kes2 dera dan penganiayaan yang dilakukan oleh kaum lelaki terhadap isteri mereka. Itu belum lagi dikira cerita2 suami duduk di rumah goyang kaki je memeras keringat isteri …..

Sumber : Harian Metro, Jumaat / 25 Januari 2013

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

6 comments

  1. Rate nie lelaki yang mempunyai gaji RM 2000 kebawah akan kawin lambat ataupun tak kawin langsung.. Saya nie kerja kerani je….dengan swasta plak tu.. gaji RM1000-1500 tak mampu nak ikut trend nie.. Rate ni untuk mereka yang di bandar yang mana gaji mereka besar2 belaka…

    1. Itulah masalahnya bila letak tinggi2 sedangkan tujuan perkahwinan tu untuk menghalalkan hubungan dan mencegah perzinaan dan bersekedudukan macam yang banyak berlaku zaman sekarang. So,perbincangan antara pasangan perlu manakala parents pula perlu bertimbangrasa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me